Sejarah PSS


SK Serting 3 (F) mula ditubuhkan pada 6 November 1989 dan beroperasi pada 4 Disember 1989 apabila seramai  700 orang murid dari Sek. Keb. Serting ( F ) dihantar ke sekolah ini yang baru selesai pembinaannya oleh kerajaan.
        Sekolah ini terletak di perkampungan Felda Serting 3 ( sekarang dikenali dengan nama Felda Raja Alias 3 ) dan kerana itulah sekolah ini diberi nama Sekolah Kebangsaan Serting 3 ( Felda ).
Secara keseluruhannya PSS ini telah diubahsuai bermula dari pertengahan bulan Mei hingga bulan Julai 2002.Projek pengubahsuaian ini telah diperuntukkan dalam salah satu Projek Payung.Pengubahsuaian ini telah dilakukan terhadap dua buah bilik darjah.